Lovesofi’s Blog


Entah Lerr….

Dah lama sangat lah Pinksy tak jenguk wordpress ni. Makin malas nak menaip bait2 kata [sebab Pinksy susah nak sampaikan sesuatu melalui kata2]. Pinksy ada jenguk blog kawan2 lain. Ada yang sangat kreatif, banyak pics dan ada juga blog nak cari duit. Macam2 kan? Melihat kekreatifan kawan2 Pinksy dalam dunia blog buat Pinksy rasa rendah diri kerana Pinksy tak kreatif dan blog Pinksy lahir dari hati Pinksy yang ikhlas dan jujur. Blog ni cuma luahan rasa jer bila bingung, sedih, happy dan mcm2 emosi lah…

Cuti sebulan ni Pinksy banyak tengok movie sampai naik bengkak dan merah mata [sebab tgk love story sampai meleleh leleh airmata]… Bantal Pinksy sampai ‘berpeta-peta’ dek air mata [bukan air liur,ok!] Bila tengok movie cinta, Pinksy dapat rasa dalam kehidupan sebenar, penceritaanya agak sama dengan filem cuma filem itu ditambah ‘rencah2’ lain untuk buat filem tambah menarik. Pinksy agak tersentuh melihat filem CINTA arahan Khabir Bhatia [dh tgk banyk kali pun nangis] sebab ceritanya itu ‘dekat’ sangat dengan masyarakat. Pinksy tengok kedua dua filem Khabir untuk Malaysia dan Indonesia, apa yang Pinksy leh luahkan?? Cuma kagum… Khabir mahu gambarkan pada penonton bahawa cinta itu ada di mana2, dan boleh terjadi dengan sesiapa pun tak kira tua atau muda. Cinta hadir dalam banyak suasana. Cinta sesama teman, cinta antara keluarga, cinta pasangan kekasih, cinta pada negara….. CINTA itu hadir pada sesiapa pun kerana itu lumrah dan fitrah manusia yang Allah kehendakkan…

J: siapa suruh ko cari masalah couple dengan orang ‘sana’?

Pinksy: laa…aku tak mintak tu sume. aku pun tak tau macam mana boleh JATUH CINTA…yang aku tau, semakin kenal dia aku semakin cinta.

J: Ko ni dah kena ‘mandrem’ dengan dia ni..

Pinksy: [agak terkejut kerana J tipikal!] dia nak ‘mandrem’ aku macam mana? guna line internet? hahahaha [saja gelak nak cover resah di hati]

J: jangan cari masalah lah…fikirkan keluarga..

Pinksy: sebagai anak sulung, aku tak pernah lupa tanggungjawab aku. Aku buat keputusan macam ni pun kerana aku utamakan keluarga aku,bukan hati aku. Aku malu dengan mama dia… kerana aku tak mampu berkorban untuk anaknya seperti mana anaknya berkorban untuk aku…

J: amboi! ayat novel!..payah tol cakap dengan orang yang sedang kemaruk cinta ni?

Pinksy: aku tak mintak ni sume, J…Kalau lah aku di beri pilihan untuk pilih calon suami aku, aku confirm pilih orang JOHOR jer…

J: [J ketawa terbahak-bahak..ntah ketawa sebab aku melawak atau ketawa sebab aku jatuh cinta dengan orang ‘sana’,not sure…]

Pinksy jadi keliru sama ada keputusan Pinksy ini adalah terbaik untuk Pinksy atau tidak sebab Pinksy tak tau apa yang akan berlaku di masa hadapan. Pinksy sudah jumpa dengan mama dia dan berbincang baik2 mengenai situasi yang Pinksy hadapi sekarang. Mama dia faham kerana yakin dan percaya jodoh, maut hanya Allah yang tentukan. Kita hamba-Nya hanya boleh berdoa. Cuma hingga saat ini Pinksy tak tau nak susun ayat macam mana untuk terangkan pada dia yang Pinksy mahu di sisi orang tua Pinksy hingga ke akhir hayat mereka…. Sanggupkah dia tunggu? Dan sanggupkah Pinksy lihat dia merana menunggu?….


Cinta Sang Suami

Pernah saksikan sendiri kasih sayang dan cinta seorang suami dan ayah pada isteri dan rumahtangga nya? Pinksy terkesan dengan kisah seorang artis lelaki dari satu band yang sangat dahsyat popular dan merangkul banyak anugerah [bukan band Malaysia]. Namanya Pasha dari band terkenal Ungu dari seberang. Sebenarnya Pinksy tak minat sangat dengan band Ungu apatah lagi nak minat giler lagu dia macam Cliquers [fan club Ungu]. Insiden terjadi bila Pinksy terbaca kisah gossip yang tersebar luas di Indonesia mengenai rakaman video Pasha dengan Alyssa, seorang pelakon A class di Indonesia berciuman seperti pasangan kekasih. Well, Pinksy agak terkejut sebab setahu Pinksy Pasha ni dah berkahwin. So, Pinksy try track down every single detail mengenai Pasha ini. Pinksy nak buat kronologi lah sikit pasal personal Pasha yer [thanks to someone for this info].

ee4f66a18ee6b1da

~Pasha Ungu~


Pasha mendirikan rumahtangga bersama insan tercinta, Okie pada tahun 2003 dan mempunyai 3 orang anak bersama Okie. Mereka telah sah bercerai pada akhir tahun 2008 dengan Okie yang menuntut penceraian dengan alasan tidak sefahaman lagi. Sebelum ini, ketika mereka masih suami isteri, Pasha pernah dituduh teman baik Pasha sendiri iaitu Idea memukul nya dan melaporkan ke pihak polis kerana mengesyaki Okie menduakan Pasha. Tetapi pertelingkahan mereka berakhir dengan perdamaian. Ada banyak video klip mengenai pergaduhan mereka ini dan dari video klip itu, Pinksy cukup kagum dengan sikap Pasha yang sangat profesional. Emosi dia tercabar dengan sikap isteri yang bermain kayu tiga di belakangnya oleh itu tak mustahil lah Pasha mengamuk giler kat Idea kerana sayang dan cinta Pasha pada Okie sangat mendalam. Oppss, lupa nak bagitahu… Okie ini penganut agama kristian dan memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan Psha. Awal perkahwinan memang ramai yang maklum, Okie sangat menjaga auratnya dan semua peminat Ungu di Indonesia tahu yang Pasha sangat menjaga agama nya.

bd48dde6a36a4006

~Pasha dan Okie~

 


Selepas kejadian Idea dan Okie itu, Pasha terus memaafkan apa saja yang terjadi asalkan Okie sentiasa bersama Pasha dan anak-anak yang tercinta. Walaupun sudah memaafkan, ada beberapa perkara yang mungkin Okie tak puas hati dalam rumahtangga mereka dan itu Pinksy memang tak tahu atau memang tak dapat nak teka. Populariti Pasha sebagai vokalis Ungu band turut dirasai oleh Okie juga apabila Okie sering diundang dalam banyak acara kerana infotainment Indonesia suka melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka berdua. Entah kenapa, Okie kemudiannya berubah daripada yang bertudung dan menjadi wanita yang elegan di mata infotainment. Mungkin terasa diri boleh meraih populariti atau merasa tidak puas dengan kebahagiaan yang diberikan pada Pasha [kita semua tak tahu….], Okie minta cerai…[just pandangan Pinksy aja…]

5362b7b4bd9230cc~Alyssa yang digossipkan dengan Pasha~


Ok…itu kronologi penceraian mereka dan selepas itu banyaklah perkara-perkara yang berlaku yang melihatkan orang ramai bahawa rumahtangga yang bergoncang itu adalah kerana Okie yang mengejar kekayaan dan populariti. Buat pengetahuan semua, ketika Pasha dan Okie mengumumkan penceraian mereka berdua di hadapan media, Pasha sendiri mengakui di depan media bahawa dia sangat berharap Okie dapat menerima dia kembali dan berjanji takkan berkahwin lagi jika Okie tidak berkahwin. Sesekali kelihatan Pasha memegang erat tangan Okie sambil mencium tangan Okie di hadapan wartawan yang menemubual mereka sedangkan ketika itu mereka sudah bercerai. So, korang rasa macam mana? Ada ke lelaki yang sesabar ini, ikut je kemahuan si isteri?

Selepas bercerai, populariti Okie sangat meledak dengan tawaran berlakon dalam video klip dan jadi pengacara di televisyen. Tapi kan, memang betul lah Allah tu Maha Besar yang tunjukkan pada semua yang Okie bermasalah dan bersalah. Maybe Okie makin kurang job, maka Okie buat kecoh dengan melaporkan pada pihak polis bahawa dia dipukul oleh Pasha. Tapi pada pandangan Pinksy lah, kalau takde angin takkan pokok bergoyang. Dah tau Pasha panas baran kenapa buat something yang boleh naikkan emosi Pasha?Pasha makin tertekan dan terpaksa berulang kali ke balai polis untuk memberi kan keterangan pada bulan April tahun ini [sampai sekarang Pinksy tak tau kes diaorang macam mana sebab ‘sumber’ Pinksy yang kat Indonesia lagi sibuk dengan kuliah]. Okie cari publisiti murahan lagi bila bulan lepas dia melaporkan pada pihak berkuasa bila Pasha tak bagi wang nafkah sebanyak 30 juta rupiah (Rm 10 ribu) pada anak-anak mereka. Dengan tenang Pasha menepis tuduhan itu bila Okie sendiri lari entah ke mana dengan bawa anak-anak dan selma 3 bulan selepas mereka bercerai, Pasha tidak dibenarkan sama sekali menemui anak nya. Sebelum ni, Pasha ada gak minta Okie kurangkan sikit jumlah wang nafkah yang tak masuk akal itu dan dengan ego nya Okie menegaskan dia boleh cari duit sendiri dan mempunyai teman lelaki seorang ahli perniagaan. Well, Pinksy tak berani nak sentuh sangat pasal kenyataan2 Okie ni sebab nanti fitnah lah plak sebab Pinksy tak tahu cerita sebenar cuma dapat tengok interview Pasha dan Okie jer.

So, sebenarnya Pinksy nak bagi pandangan dan luahan hati Pinksy dengan karakter Pasha ni. I’m not good at judging people but believe me, kalau korang semua tengok sendiri dengan mata kepala korang sendiri video temuramah Pasha dan Okie ni pasti rasa kagum dengan sikap Pasha. Daripada tak minat Pasha, Pinksy jadi minat giler lak dengan duda kacak ini. Pinksy rasa tersentuh dengan sikap Pasha yang sedikit pun tidak pernah ceritakan aib bekas isterinya malah terima jer apa yang Okie tuduh dia. Kalau Pinksy lah, memang dah perang dengan bekas isteri kalau perangai begitu. Pasha selalu tenang dan sering bagitahu media bahawa mereka pernah susah dan senang bersama, so tak mungkin Pasha dapat melupakan bekas isteri dia. Adoi, kalau Pinksy lah dapat jodoh yang begini baik, memang Pinksy jaga elok2. Tapi, kita tak tahu hal sebenar dan ini hanya pandangan Pinksy terhadap cinta Pasha yang agung pada isterinya…

 

p/s: video yang org dok heboh psl pasha dan alyssa tu sebenarnya palsu bila ‘pelakon’ sebenar dalam video itu tampil dan beri keterangan. rakaman video guna handphone tu tak berapa jelas dan boleh diragukan….


Kenangan Terindah (student 4 BFF)

Wah!…Kejap jer dah nak habis study kat UTHM bersama teman2. Dulu, rasa macam tersiksa jiwa dan raga bila dapat offer sambung study dalam 3 n setengah tahun. Macam nak nangis sebab fikirkan masa yang lama nak habiskan diploma pastu tambah lak dengan degree. Tapi disebabkan Pinksy nak kejar ilmu, i just dont care….

 

Mari kita berkenalan dengan kawan2 kelas Pinksy n karakter diaorang pada pandangan Pinksy. Kita start dari perempuan dulu. Yang terbayang di mata sekarang ialah Kak Ina. Yezza, kak ina ni dulu roomate Pinksy and banyak tolong Pinksy dalam segala hal. Pinksy akui kami berdua beza pendapat dalam banyak hal dan antara kami berdua terasa hati dalam banyak perkara gak. Tapi Pinksy percaya bukan semuanya salah Pinksy n kak ina kami pernah renggang dulu tapi maybe ada campur tangan org lain…. Kak Ina memang seorang teman n kakak yang banyak menasihati n Pinksy lak sangat degil heheheheDSC01737

~me n kak ina~

 

Next, hmm……Nurdiana Ashraf. Hmm, mula2 dulu Pinksy ingat lagi si cantik ni tegur Pinksy dalam kelas Math [maybe diana dah tak ingat kot]. Mula2 Pinksy ingat minah ni sombong tahap gaban lepas tu ditambah lak dengan ‘bisikan2’ syaitan waktu tu yang jeles or maybe dengki bila Pinksy kata Pinksy tak kisah nak kawan dengan dia coz Pinksy rasa selesa. Pinksy ni degil. Lagi org kata JANGAN….Pinksy BUAT!…Akhirnya, Diana bukanlah seburuk yang disangka orang. Maybe kecantikan dia buat perempuan lain terancam hehehe biasalah kan. Diana ni minah paling lawak di dunia. Lawak dia yang tak pernah Pinksy lupa time dia pakai suar jeans Pinksy [pinksy kan gendut, dia lak kurus]. Bila dia pakai suar Pinksy jadi longgar lah n macam ala2 suar rappers lak jadinya. Si minah ni punya giler dia pergi pakai serkup tudung kepala n pakai konon2 nya jadi minah rapper. Pinksy ni ketawa sampai tahap keluar air mata. Siap boleh snap pic dia konon2 dia makan pil diet n jadi kurus sambil pakai seluar Pinksy….So damn funny lah… Banyak lah kenangan Pinksy bersama dia, susah nak terangkan satu persatu [to diana: thanks a million for everything…susah nak balas jasa ko!]

DSC00298

~diana~

 

Ok…seterusnya….hmm…. Nor Afiza. Dia ni pun housemate Pinksy dulu. Kami pun share everything sampai Pinksy tak ingat yang mana satu untuk Pinksy share kat sini. Disebabkan terlalu akrab dan rapat, maybe sebab itu Pinksy gaduh dengan dia over a small thing… Biasalah, emosi..

DSC00288~diana n moreyum aka fiza~


Next, hmm… Zeema. Dia ni minah yang paling lawak dalam kelas kitaorang disebabkan slamber dia yang memang tak boleh blah. [dia juga good listener, i luv u zeema!]

DSC01744~zeema n epain~


Nur Hafizah dan Muazzah… dua sahabat yang jarang Pinksy tengok diaorang berpisah. Macam twin lah plak. So sweet!

DSC01741~me with pija~

DSC01742

~muaz n karen kong~


Yana dan Ina…wow! dua orang minah ni pun Pinksy pernah share banyak kenangan dengan diaorang. Sebenarnya Yana tu minah lawak tau. Serius!!..Pinksy berani bersumpah sebab Pinksy ingat lagi dalam kelas Traffik [kuliah dgn Tn Hj yang sgt BOSAN!], Yana yang banyak buat lawak sampai Pinksy and Yat ketawa pecah perut sebab menahan gelak! Ina pula, si kanak2 riang dalam kelas kiter orang… Minah ni pun kaki lawak gak!

DSC01738~ina and yana~


Last sekali my favourite friend [chinese friend] Kong Wei Fong… Adoi, minah ni kalau bercakap memang tak berhenti. Rasanya dari sem 1 sampai sem last ni dia kawan Pinksy yang sangat best n very caring. Dia ni kalau diberi peluang cakap, memang tak berhenti. Time lecturer ajar kat depan pun dia boleh lagi ajak Pinksy bersembang pasal jerawat! hahahaha…Luv u always kong…. thanks for everything, u tak pernah kedekut ilmu dengan i…I LUV U!!!!!

DSC00317

~ me with karen kong [isk,buruknyer aku time ni hehehehe]~


 

 

So, kita dah share a bit lah pasal dak perempuan dalam kelas Pinksy. Next time kita share cerita pasal dak laki lak ek…Thanks for everything teman2…Maafkan Pinksy kalau ada buat salah dengan korang [silly me!] hehehehe


Encik Ketam aka Boss Gatal?

Aduss….fenin, fenin kepala Pinksy ni. Before this, runsing betul Pinksy sebab takder langsung company nak accept Pinksy sbg student praktikal kat company diaorang. Apa lah kekurangan Pinksy ni? Nak kata kurang, banyak yang lebih. Yelah, perut lebih besar, peha lebih besar kan banyak yang lebih tu hehehehe…..

Kes fenin, fenin tu dah seminggu lebih yang lalu Pinksy lalui sebab tension takde company nak accept Pinksy. Tapi hari ini memang bertuah lah sebab ada satu company kat segamat ni nak ambil la Pinksy kat company dia. Itu pun sebab ada seorang teman yang tolong Pinksy. Pinksy gelar dia Encik Ketam ok. Mula2 call Encik Ketam memang bestlah sebab rasanya dari suaranya dan lawak tak berapa nak jadi dia,[Pinksy kenala cover gelak kononnya lawak dia tu lawak giler kan??kang tak pasal2 aku tak dapat tempat nak praktikal] Pinksy dapat rasakan dia adalah boss yang paling sporting di dunia. Lepas call, terus Pinksy fax kan resume Pinksy ke company dia petang tadi. Dan2 lak lepas Maghrib tadi Encik Ketam call konon2 nak interview ala2 Pinksy apply kerja di company dia. Eh, baru nak apply tempat praktikal tapi dia nyer soalan interview mcm apa! Entah kenapa tiba2 perasaan Pinksy jadi kurang enak, jadi tak selesa…My instinct cakap, “Si ketam tua ni gatal nak MAMPOS!”….Habis jer conversation dengan Encik Ketam, Pinksy pun call lah member Pinksy yang offer Pinksy kat Encik Ketam ni. Ternyata sangkaan Pinksy kuat, tapi si member yakinkan tak perlu risau apa2 sebab Pinksy bukan keseorangan kat situ…Ada sorang lagi engineer perempuan kerja kat situ…

Jeng! Jeng!…macam mana lah Encik Ketam ni sebenarnya kan?


kenapa lama tak update???!!!(pinjam ayat yat)

 

 

luv2

 

 

Yuhuuuu!! Hehehehe…lama gak ek Pinksy tak meng’update’ kan blog ni..Nak buat mcm mana kan, dah ler busy sejak 2-3 bulan ni. Lagipun blog ni kan macam ader kenangan hitam dan sungguh ‘hanjing’ dengan Mr. Jingga… Well, walaupun Pinksy dah buang si Mr.Jingga yg tak guna tu jauh2 namun ada certain thing lah yang buat Pinksy malas nak update. But, maybe utk tatapan si buah hati iaitu cik Yat, Pinksy dah rasa bersemangat balik ni nak update.

Well, udah ramai yang tau [melalui facebook dan twitter…eh! glamer ke aku?] yang Pinksy ni dah jumpa teman baru! Hehehehe….[asyik jumpa org baru jer…tp tak terikat langsung ni,kena mandi bunga]… Biar Pinksy kenalkan buah hati pengarang jantung Pinksy yang baru ni ialah Mr. G…. Hmm, dia ni seorang yang bertanggungjawab dan dia buktikan apa yang dia katakan dan yang paling penting dia jujur. Sejauh mana dan dalamnya cinta Pinksy pada dia tak payah lerr tau sebab Pinksy pun malas nak letak harapan yang terlalu tinggi… Mana2 makhluk yang baca and nak tau sangat siapa Mr. G ni boleh la melawat fb Pinksy and dia ada kat info Pinksy….”In a relationship with….”

Doa2 kan lah yer sahabat2 ku sekalian….. Pinksy dah penat lah nak berkawan and jatuh cinta n dikecewakan…Opps! lupa lak dia itu dari indonesia…Haa, jangan fikir tak elok tau! Selidik dulu kenapa Pinksy boleh suka kat Mr.G ni…Hamboi!! mulut korang juih2 tu ada petanda nak ngumpat lerr tu…Tak baik tau! Doakan yang terbaik untu Pinksy dan Mr.G tau…Daa….


Facebook

Frame design made from brass (Special craft from Indonesia)

Promote Your Page Too


Cinta Dalam Hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dalam hidupmu

Telah lama ku pendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

[Reff:]
Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja

Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya

Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja


Masih Cinta

Pinksy masih sayangkan Mr. A…..

Hati ini masih rindukan dia….. Tapi bukan AKU!!


Dua Sahabat

Ini kisah dua sahabat yang sangat setia dan sanggup berkorban apa saja demi persahabatan mereka. Cinta dan Sayang nama diberi.Mereka sering melakukan pelbagai aktiviti bersama [sebab punyai minat dan hobi yang sama].Si Cinta mempunyai rupa dan susuk badan yang sangat menarik dan digilai ramai jejaka [memang cun habis!!!] manakala si Sayang tidak lah dapat menarik perhatian ramai dengan wajahnya yang ala kadar dan tubuh yang terlalu kurus [dah lah buruk,tak sedar diri]. Namun begitu mereka saling memahami dan menyayangi antara satu sama lain walau kadang-kadang cemburu bersarang di hati si Sayang. Pendek kata, persahabatan mereka ni memang paling akrab lah dan boleh masuk dalam Guiness World Record dalam kategori BFF.


Semakin akrab hubungan mereka semakin hilang identiti si Sayang hanya kerana ingin diterima masyarakat seperti mana si Cinta terima. Dari soal pakaian hinggalah soal jejaka idaman, si Sayang seboleh mungkin ingin mendapatkan apa yang si Cinta dapat. Keadaan ini disedari oleh si Cinta yang dapat merasakan perubahan si Sayang tetapi atas dasar persahabatan yang terlalu tinggi, si Cinta anggap itu hanya kebetulan. Sikap si Sayang semakin berubah apabila keinginannya untuk bersaing semakin bertambah,semakin meloyakan dan juga semakin membencikan ramai mata yang memandang. Si Sayang makin hipokrit. Semakin jahat.


Sikap pura-pura si Sayang makin jelas bila si Cinta jatuh hati pada si Putera pada malam keraian keputeraan putera raja dari jauh. Si Cinta segera meluahkan isi hati pada si Sayang yang selalu memahami isi hati si Cinta. Luahan rasa si Cinta amat mengejutkan si Sayang kerana fikirnya si Cinta tak layak menjadi permaisuri hati si Putera berbanding dirinya [entah kenapa si Sayang ni jadi bongkak dan perasan tak abis2]. Dalam diam,si Sayang merangka strategi agar si Putera tidak akan pernah memandang wajah si Cinta dan berusaha untuk membuatkan si Putera jatuh cinta dengan si Sayang.

Pada suatu hari, Raja dan Permaisuri mengadakan satu pertandingan mencari gadis yang jelita dan memenuhi syarat untuk menjadi isteri bagi si Putera. Seluruh gadis yang ‘virgin’ jerr boleh apply masuk dalam contest jelitawan ini. Si Cinta yang mendapat khabar tentang contest ni berniat nak join sebab gerenti dia menang kalau nak compare wajah dia dan sikap dia yang sopan santun tu dengan gadis-gadis yang lain. So, si Cinta ni beli lah kain nak baju yang paling cun gilerr lah kat abad tu untuk masuk contest itu. Si Sayang yang dapat tahu tentang niat si Cinta nak join contest mula cari jalan agar si Cinta ubah fikiran. Lalu, si Sayang ni pergi lah jumpa tailor yang buat baju untuk si Cinta tu. Pendekkan cerita, si Tailor ni tersangat lah hensem mengalahkan Brad Pitt dan juga Hang Jebat. Tetapi sayang……si Tailor tak punyai wang yang menjadi priority utama gadis-gadis di situ kalau ader niat nak tackle diaorang. That’s why si Tailor ni tak kawin-kawin lagi.


Si Sayang cuba slow talk dengan si Tailor supaya baju yang akan dijahit untuk si Cinta itu tak seperti yang diharapkan. Mendengar kata-kata si Sayang yang sangat busuk hati itu, si Tailor bengang dan terus halau si Sayang. Tak puas hati dengan sikap si Tailor, si Sayang cuba untuk second time dengan aksi menggoda dan mengghairahkan. Namun, iman si Tailor memang kuat sebab time si Sayang nak buka baju and masuk bilik si Tailor, dia nampak si Tailor tengah mengaji Al-Quran. Tetapi si Sayang ni sangat bijak. Dia telah atur strategi lain.


Pada hari yang telah dijanjikan, si Cinta pergi ke kedai si Tailor sebab nak ambil baju tempahan dia yang dia mimpikan hampir setiap hari. Mesti lepas ni si Putera akan jatuh cinta terus kat aku, fikirnya.


Bila si Cinta nak ambil baju, si Tailor melutut meminta maaf sebanyak yang mungkin. Pelik gak lah si Cinta bila tengok si Tailor yang hensem tu minta maaf macam tu sekali. Bila ditanya, barulah si Tailor buka mulut yang pakaian tu telah siap tetapi dicuri oleh smaseng jalanan yang tidak dikenali. Si Cinta kecewa teramat sangat sampai dah takder hati nak join contest tu. Si Sayang yang mencuri tengok aksi si Cinta yang meraung melonjak kegembiraan yang teramat sangat kerana strategi nya berjaya.


Pada malam contest, si Sayang memakai pakaian si Cinta yang telah dicuri oleh nya dan mula berlagak perasan macam Miss World bila ramai mata memandang. Padahal yang memandang tu sebab kagum kain apa yang dipakai oleh si Sayang kerana sungguh cantik dan halus buatannya. Raja dan Permaisuri pun kagum dengan pakaian si Sayang hingga merasakan si Sayang patut dapat juara kerana pandai berfesyen walaupun muka hodoh macam Paris Hilton. Oleh kerana fesyen si Sayang yang trendy itu, malam itu juga si Sayang di kahwinkan dengan si Putera. Alangkah gembiranya hati si Sayang bukan kepalang kerana fikirnya bukan saja dapat singkirkan si Cinta malah semua gadis yang hadir malam tu terpaksa ngaku yang dia lah juara.


Sementara itu di rumah si Tailor, si Cinta masih tak dapat sembunyikan rasa sedih dan kecewa dengan tindakan si Sayang selepas si Tailor ceritakan semuanya. Pada mulanya, si Cinta tidak percaya akan kata-kata si Tailor tetapi mak si Tailor pon menyampuk yang itu memang kisah benar, terpaksalah si Cinta percaya. Dek kerana kasihan kan si Cinta yang di back-stabbed kan oleh si Sayang, si Tailor bagi kata-kata semangat dan perangsang. Cinta itu buta…..automatically, si Cinta jatuh hati dengan si Tailor dan begitu juga dengan si Tailor yang telah lama pendam rasa.


Nak tau apa terjadi kat si Sayang??? Allah tu Maha Besar dan Mengetahui. Pada malam pertama perkahwinan si Sayang ader sesuatu yang berlaku. Ketika berdua dengan si Putera di dalam bilik, si Sayang rasa happy tak terkata hingga malu nak berbicara. So, si Sayang ni duduk jer kat bucu katil sambil menunduk kononnya malu dengan suami. Si Putera yang dari tadi memandang tajam ke arah si Sayang berjalan menuju ke si Sayang sambil berbisik lembut…


“Maafkan beta kerana berterus terang….Bagi beta awak tidak lah cantik mana pon…

Tetapi suruhan ayahanda dan bonda tak dapat beta ingkar….

Hati beta telah lama dicuri oleh seseorang dan hingga kini beta dan dia masih memadu asmara….

Dia ada di luar bilik menunggu beta panggil masuk untuk diperkenalkan pada kamu…”


Si Putera memanggil kekasih hatinya masuk ke dalam bilik…Alangkah terkejutnya si Sayang lalu pengsan tak sedarkan diri!!! Kekasih hati si Putera ialah…………………LELAKI!!!!


running away…….:(